Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Sekolah Menengah Rendah Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Dalam Bahasa Inggeris

Othman, Nooraini and Lee, Bee Theng (2010) Persepsi Pelajar Sekolah Menengah Rendah Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Dalam Bahasa Inggeris. Persepsi Pelajar Sekolah Menengah Rendah Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Dalam Bahasa Inggeris . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
173kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar sekolah menengah rendah terhadap pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam bahasa Inggeris, kesediaan belajar pelajar dan cabaran yang dihadapi oleh pelajar terhadap isu ini. Seramai 187 orang pelajar dari sekolah menengah luar bandar daerah Manjung, Perak telah dipilih secara rawak berkelompok dilibatkan dalam kajian ini. Segala maklumat dikumpulkan melalui instrumen soal selidik. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dengan Alpha Cronbach dan memperolehi nilai 0.93. Datadata yang dikumpulkan seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian Pakej Statistik bagi Sains Sosial (SPSS). Hasil kajian ini menunjukkan pelajar mempunyai persepsi yang negatif terhadap pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam bahasa Inggeris dan kesediaan belajar pelajar juga berada pada tahap yang sederhana. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa pelajar mempunyai kesedaran tinggi terhadap cabaran yang dihadapi sekiranya isu ini menjadi kenyataan. Untuk mengubah persepsi pelajar terhadap isu ini dan meningkatkan tahap kesediaan belajar pelajar serta membolehkan pelajar mengatasi cabaran jika isu ini menjadi kenyataan, maka pengkaji telah membentangkan beberapa cadangan supaya pelajar mempunyai kesedaran dan bersedia untuk menghadapi arus dunia yang sentiasa berubah ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:falsafah pendidikan negara (FPN), teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kurikulum baru sekolah menengah (KBSM), kurikulum baru sekolah rendah (KBSR), kemahiran hidup (KH) kurikulum baru sekolah menengah (KBSM), kurikulum baru sekolah rendah (KBSR), kemahiran hidup (KH)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10227
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Sep 2010 05:09
Last Modified:12 Jun 2017 07:10

Repository Staff Only: item control page