Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Miskonsepsi Pelajar Terhadap Konsep Mol Dan Konsep Persamaan Kimia

Kamaruddin, Meor Ibrahim and Ismail, Nurhidayah (2010) Miskonsepsi Pelajar Terhadap Konsep Mol Dan Konsep Persamaan Kimia. Miskonsepsi Pelajar Terhadap Konsep Mol Dan Konsep Persamaan Kimia . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
82kB

Abstract

Pembelajaran konsep Kimia yang tepat adalah sukar kerana ia melibatkan konsepkonsep abstrak. Ditambah pula dengan penghasilan konsep baru oleh pelajar yang berbeza daripada konsep-konsep yang telah ditakrifkan oleh ahli-ahli sains. Konsep-konsep baru pelajar ini dikenali sebagai salah konsep (miskonsepsi) dan boleh menjurus kepada tahap penguasaan pelajar yang lemah bagi pelajar. Atas sebab itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji miskonsepsi dan tahap penguasaan pelajar terhadap konsep mol dan konsep persamaan kimia. Kajian ini dijalankan ke atas 160 orang pelajar tingkatan lima di tiga (3) buah sekolah (Sek. Men. Keb. Dato’ Yunos Sulaiman, Sek. Men. Dato’ Ali Haji Ahmad dan Sek. Men. Keb. Dato’ Penggawa Barat) di daerah Pontian. Set soal selidik dengan kebolehpercayaan, ?= 0.594 telah digunakan. Set soal selidik ini meliputi lapan (8) aspek iaitu definisi konsep mol, hubungan antara mol dengan jisim, bilangan zarah (ion, molekul dan atom) dan isipadu gas, perseimbangan persamaan kimia berdasarkan konsep mol, penukaran persamaan kimia daripada bentuk persamaan kimia kepada simbol, penukaran persamaan kimia kepada persamaan iondan penyelesaian masalah persamaan kimia (stoikiometri) . Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian ini menunjukkan majoriti pelajar mempunyai miskonsepsi nyata dengan purata tahap penguasaan pelajar adalah lemah (29.30%) . Beberapa cadangan dikemukakan pada akhir laporan. Katakunci : chemistry, misconception, problemsstoichiometrically.Holistically.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10222
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:07 Sep 2010 04:36
Last Modified:22 Sep 2010 01:24

Repository Staff Only: item control page