Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Web Portal Berasaskan Moodle Bagi Mata Pelajaran Sains Tingkatan Tiga Bertajuk ‘Respiration’

Jonid, Haji Muslim and Ramli, Nur Nadia (2010) Pembangunan Web Portal Berasaskan Moodle Bagi Mata Pelajaran Sains Tingkatan Tiga Bertajuk ‘Respiration’. Pembangunan Web Portal Berasaskan Moodle Bagi Mata Pelajaran Sains Tingkatan Tiga Bertajuk ‘Respiration’ . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
28kB

Abstract

Dalam bidang pendidikan, penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) merupakan perkara penting untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang berkesan. Penggunaan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran secara maya telah menjadi kaedah pengajaran masa kini. Ekoran daripada perkembangan teknologi maklumat yang pesat, terdapat pelbagai bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran yang mampu menarik minat pelajar serta guru untuk membantu pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sehubungan dengan itu, pembinaan web portal berasaskan Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) bagi tajuk ‘Respiration’ ini akan membanyakkan lagi bahan pengajaran dan pembelajaran sedia ada. Web portal ini menggunakan MOODLE sebagai platform utama dan perisian Microsoft Power Point 2007 sebagai platform untuk membangunkan isi kandungan. Web portal ini dibangunkan dengan menggunakan beberapa perisian lain seperti Adobe Photoshop 7, Sony Vegas 8.0, Sound Forge 8.0, Macromedia Flash 8, Ulead Cool 3D dan Ulead GIF Animator 5.0. Web portal ini dilengkapi dengan lesson, quiz, glossary, forum, journal dan games yang mampu memberangsang minat pelajar. Dengan terhasilnya web portal ini, diharapkan proses pembelajaran untuk konsep-konsep yang abstrak dan sukar dapat dijelaskan dengan mudah dan difahami oleh pelajar. Katakunci : Bahan Bantu Mengajar (BBM), MOODLE, Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK), Respiration

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10221
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:07 Sep 2010 04:25
Last Modified:22 Sep 2010 01:23

Repository Staff Only: item control page