Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelatih-Pelatih Pusat Serenti Terhadap Program Vokasional Di Pusat Serenti Tampoi, Johor Bahru

Sidek, Rosni Zamuddin Shah and Mohammed, Nur Hidayu (2010) Persepsi Pelatih-Pelatih Pusat Serenti Terhadap Program Vokasional Di Pusat Serenti Tampoi, Johor Bahru. Persepsi Pelatih-Pelatih Pusat Serenti Terhadap Program Vokasional Di Pusat Serenti Tampoi, Johor Bahru . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
80Kb

Abstract

Kajian ini adalah untuk mengenalpasti Persepsi Pelatih-Pelatih Pusat Serenti Terhadap Program Vokasional Di Pusat Serenti Tampoi, Johor Bahru Kajian ini telah dijalankan ke atas 80 orang pelatih di Pusat Serenti Tampoi, Johor Bahru. Kajian ini dijalankan secara deskriptif menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Dapatan kajian kemudiannya di analisis melalui komputer dengan menggunakan perisian Statistical Package For Sosial For Window Version 14.0 (SPSS 14.0). yang menjurus kepada kekerapan, peratusan dan nilai min berpandukan skala likert . Nilai alpha bagi kajian ini ialah 0.87 dan berada di tahap tinggi. Keputusan kajian menunjukkan respon pelatih terhadap semua faktor yang dikaji untuk program vokasional adalah tinggi. Kajian ini juga memberi cadangan kepada pihak-pihak tertentu agar mereka boleh mengambil tindakan dengan mewujudkan program yang memberi peluang kepada pelatih untuk mengetahui selok belok dunia pekerjaan. Penyelidik mencadangkan satu kajian yang menyeluruh ke atas semua populasi pelatih dan tenaga pengajar pusat serenti yang berada di seluruh negara bagi memastikan aplikasi program vokasional ini lebih relevan di masa akan datang. Katakunci : Pusat Serenti Tampoi, Statistical Package for Social (SPSS), perception of the trainer

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10220
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:07 Sep 2010 04:15
Last Modified:22 Sep 2010 01:19

Repository Staff Only: item control page