Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengaruh ARC, kesan tanggapan bahaya dan gaya asuhan ibu bapa terhadap salah laku remaja di zon Skudai, negeri Johor

Yahaya, Azizi and Yahaya, Noordin and Bahari, Mohd. Sofi (2010) Pengaruh ARC, kesan tanggapan bahaya dan gaya asuhan ibu bapa terhadap salah laku remaja di zon Skudai, negeri Johor. In: Seminar Psikologi.

[img]
Preview
PDF
5MB

Official URL: https://core.ac.uk/display/11785604?source=3&algor...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti antara pengaruh Affect Related Characteristic’s, kesan tanggapan bahaya, gaya asuhan ibu bapa dengan tingkah laku di kalangan pelajar remaja di zon Skudai, Johor. Kajian ini telah dijalankan di lima buah sekolah menengah di zon Skudai. Teknik persampelan bertujuan telah digunakan untuk mengenal pasti 80 orang responden iaitu pelajar-pelajar menengah rendah untuk kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan merupakan adaptasi daripada soal selidik Positive and Negative Affect Schedule (PANAS-C), yang dibangunkan oleh Laurent et al. (1999), ‘Paulson’s Perception of Parenting Scale’ yang dibangunkan oleh Paulson (1994) dan soal selidik Skala Delinkuen oleh Junger (1997). Soal selidik yang digunakan telah diubahsuai berdasarkan kepada keperluan kajian ini. Darjah kebolehpercayaan (alfa cronbach) bagi keseluruhan instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah 0.6887. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.5. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Manakala ujian-t digunakan untuk menguji perbezaan antara kesan pengaruh ARC’s, kesan tanggapan bahaya dan gaya asuhan ibu bapa dengan jantina. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kesan tanggapan bahaya dengan jantina dan pengaruh ARC’s dengan jantina dan terdapat perkaitan yang signifikan antara pengaruh ARC’s (r = 0.793, p= 0.00 ), kesan tanggapan bahaya (r = 0.938, p= 0.00) dan gaya asuhan ibu bapa (r = 0.10, p= 0.933 ) dengan tingkah laku berisiko. Walaubagaimana pun terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya asuhan ibu bapa dengan jantina. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tingkah laku berisiko di kalangan pelajar remaja di zon Skudai adalah berada pada tahap yang rendah.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Affect Related Characteristic’s, pelajar remaja, analisis deskriptif
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10219
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:07 Sep 2010 00:21
Last Modified:25 Oct 2017 04:42

Repository Staff Only: item control page