Megat Zakaria, Megat Aman Zahiri and M. Yunus, Nur Fazleen (2010) Pembangunan Perisian Berbantukan Komputer Untuk Topik Teori Set Berdasarkan Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai - Kecerdasan Logik Matematik. PEMBANGUNAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TOPIK TEORI SET BERDASARKAN APLIKASI TEORI KECERDASAN PELBAGAI - KECERDASAN LOGIK MATEMATIK. . pp. 1-7. (Unpublished)
|
PDF
57Kb |
Abstract
Kajian adalah berkaitan mereka bentuk dan membangunkan sebuah satu perisian pembelajaran berbantukan komputer yang menggunakan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai di mana Kecerdasan Logik Matematik dipilih sebagai pendekatan utama dalam pembangunananya. Pembangunan perisian ini menggunakan model pembangunan Hannafin & Peck yang mengandungi tiga fasa yang utama iaitu Fasa Analisa Keperluan, Fasa Rekabentuk dan Fasa Pembangunan dan Pelaksanaan. Dengan berteraskan perisian Macromedia Authorware 7 sebagai perisian utama, projek ini dilengkapkan dengan elemen interaktif dan mesra pengguna. Projek ini dibangunkan khusus bagi matapelajaran Matematik Tingkatan Empat dan tajuk yang dipilih adalah teori set. Perisian yang dibangunkan ini juga akan dapat dilaksanakan (run) menerusi CDROM dan memerlukan ruang storan dan saiz ingatan yang sederhana besar sahaja. Menerusi pembangunan perisian ini, diharapkan agar pelajar dapat mempelajari matematik dengan lebih mudah sekaligus dapat mengoptimakan kepelbagaian kecerdasan mereka. Katakunci : Macromedia Authorware 7.01, Hanaffin, Peck’s model, Multiple Intelligence Theory– Logic Mathematical Intelligence,
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Subjects: | L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Education |
| ID Code: | 10216 |
| Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
| Deposited On: | 06 Sep 2010 19:18 |
| Last Modified: | 22 Sep 2010 01:15 |
Repository Staff Only: item control page

