Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perlaksanaan Pengajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah–Sekolah Menengah Daerah Beaufort, Sabah

Mohd. Amin, Nor Fadila and Raymund, Joelymond (2010) Perlaksanaan Pengajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah–Sekolah Menengah Daerah Beaufort, Sabah. PERLAKSANAAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH–SEKOLAH MENENGAH DAERAH BEAUFORT, SABAH . pp. 1-5. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
27kB

Abstract

Kajian yang berbentuk deskriptif tinjauan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti persepsi guru-guru terhadap perlaksanaan pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kajian ini dijalankan di 7 buah sekolah di seluruh Daerah Beaufort, Sabah. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik. Satu set borang soal selidik yang mengandungi 72 soalan telah diedarkan. Seramai 26 orang responden terlibat dalam kajian ini iaitu guru-guru yang mengajar Kemahiran Hidup Bersepadu. Data-data mentah dikumpul dan seterusnya dianalisis untuk memperolehi dapatan hasil kajian menggunakan perisian Komputer SPSS Window Version 12 (Stastiscal Package For Social Science). Kaedah peratusan dan frekuensi digunakan untuk menjelaskan kedudukan dapatan kajian. Hasil dapatan menunjukkan tahap perlaksanaan pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) adalah sederhana. Secara keseluruhan, tahap pengetahuan guru adalah baik. Bagaimanapun, tahap kemahiran guru pula adalah sederhana. Manakala penggunaan kaedah pengajaran guru yang paling kerap adalah kaedah simulasi. Selain itu, tahap kemudahan fizikal bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup adalah sederhana.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB), Kemahiran Hidup (KH), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10213
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:06 Sep 2010 19:08
Last Modified:23 Feb 2017 09:25

Repository Staff Only: item control page