Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penglibatan Usahawan Bumiputera Dalam Sektor Pelancongan : Satu Kajian Kes Di Kawasan Bandar Hilir, Melaka.

Hashim, Shahrin and Goh, Lay Kim (2010) Penglibatan Usahawan Bumiputera Dalam Sektor Pelancongan : Satu Kajian Kes Di Kawasan Bandar Hilir, Melaka. PENGLIBATAN USAHAWAN BUMIPUTERA DALAM SEKTOR PELANCONGAN : SATU KAJIAN KES DI KAWASAN BANDAR HILIR, MELAKA. . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
166kB

Official URL: http://docplayer.net/32819301-Penglibatan-usahawan...

Abstract

Sektor pelancongan merupakan penyumbang kedua terbesar dalam konteks ekonomi Malaysia sepanjang tahun 2006 dengan menyumbang sejumlah RM36.21 juta kepada ekonomi Malaysia. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan usahawan bumiputera dalam sektor pelancongan di kawasan Bandar Hilir, Melaka. Objektif kajian iniadalah untuk mengkaji latar belakang usahawan bumiputera, ciri-ciri usahawan bumputera, dorongan kepada usahawan bumiputera yang terlibat dalam keusahawanan pelancongan, dan masalah-masalah yang dihadapi oleh usahawan bumiputera dalam sektor pelancongan. Kajian ini telah dijalankan ke atas 41 orang responden. Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah dengan menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif. Instrumen kajian adalah soal selidik yang mempunyai dua bahagian iaitu bahagian A adalah item demografi dan bahagian B adalah menjawab persoalan kajian. Hasil soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisisan komputer SPSS versi 13.0. Hasil kajian mendapati keempat-empat faktorpenglibatan usahawan banyak mempengaruhi penglibatan usahawan bumiputera dalam sektor ini. Bagaimanapun, ciri-ciri usahawan merupakan faktor yang paling mempengaruhi penglibatan usahawan bumiputera dengan skor min 3.9122. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden mempunyai ciri-ciri keusahawanan namun masih kekurangan pendedahan prosedur peminjaman modal dan pengetahuan maklumat.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10211
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:06 Sep 2010 19:00
Last Modified:19 Feb 2017 07:21

Repository Staff Only: item control page