Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Terhadap Saintis Dan Kefahaman Pelajar Dalam Sains (Sekolah Menengah)

Arshad, Mohd. Yusof and Paniandi, Ghandiswari (2010) Persepsi Pelajar Terhadap Saintis Dan Kefahaman Pelajar Dalam Sains (Sekolah Menengah). PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) . pp. 1-5. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
25kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar sekolah menengah terhadap imej saintis dan kefahaman mereka dalam sains. Sampel bagi kajian ini adalah 150 pelajar tingkatan 2 dan 4 di sekolah sekitar daerah Skudai, Johor Bahru. Instrumen yang digunakan untuk menjalankan kajian ini ialah melalui soal selidik yang diedar kepada para pelajar untuk dijawab dalam masa empat puluh minit. Instrumen ‘Draw a Scientist Test’ di guna bagi mengkaji persepsi terhadap imej saintis dan soalan berbentuk likert bagi menguji kefahaman dalam sains. Data diperoses menggunakan perisian SPSS dan ‘Microsoft Excel’. Mengikut keputusan yang diperolehi daripada kajian adalah walaupun imej terhadap saintis masih stereotaip tetapi tidak tidak terlalu negatif seperti yang dilaporkan dahulu. Ia telah mengalami perubahan. Manakala kefahaman pelajar dalam sains adalah pada takat sederhana secara keseluruhan dan pelajar mempunyai minat yang mendalam dalam memperolehi ilmu sains. Kata Kunci: SSPS, Microsoft Excel, Draw a Scientist Test

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10210
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:06 Sep 2010 18:57
Last Modified:22 Sep 2010 01:04

Repository Staff Only: item control page