Noordin, Shaharom and Mat Daut, Nur Liyana (2010) Membangunkan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan MOODLE Bagi Tajuk Dinamik Tingkatan Dua. MEMBANGUNKAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE BAGI . pp. 1-7. (Unpublished)
|
PDF
71kB |
Abstract
Revolusi teknologi maklumat dekad ini ternyata memberi pengaruh yang meluas kepada kehidupan seharian. Ianya secara tidak langsung telah mengubah cara manusia bekerja. Apa yang lebih membanggakan ia turut memberi impak yang besar dalam sistem pendidikan negara dalam usaha meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pembangunan bahan e-pembelajaran berasaskan MOODLE versi bahasa Inggeris yang bertajuk Dynamics telah dibangunkan. Projek ini telah menggunakan perisian terbuka (Course Management System) MOODLE Versi 1.9B4 bagi membangunkan bahan e-pembelajaran berasaskan web dan berdasarkan model ADDIE. Sistem MOODLE ini dianggap sesuai kerana rekabentuknya berasaskan Konstruktivisme Sosial yang menggariskan bahawa pembelajaran berlaku dalam konteks sosial dan pelajar membina sendiri pengetahuan baru berdasarkan pengalaman lepas. Kesepaduan antara elemen-elemen multimedia yang canggih seperti teks, grafik, audio, video dan animasi dapat memudahkan pelajar memahami konsep sains yang abstrak. Perisian Microsoft Office PowerPoint 2007 merupakan asas pembangunan bahan e-pembelajaran ini dan disokong oleh perisian-perisian lain seperti Adobe Photoshope CS2, Ulead Gift Animator 5, Macromedia Flash 8 dan Sony Vegas 8.0. Bahan pembelajaran yang dilengkapi dengan isi pelajaran, rumusan, capaian internet, kuiz, permainan, forum dan chatting mampu menjadikan ia pilihan yang sesuai sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pembangunan bahan e-pembelajaran berasaskan web ini dapat membantu guru terutamanya bagi mata pelajaran Sains dalam proses pengajaran agar pembelajaran pelajar lebih berkesan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | MOODLE, model ADDIE, Dynamics. |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10207 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 06 Sep 2010 08:31 |
Last Modified: | 06 Jun 2017 09:13 |
Repository Staff Only: item control page