Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Pengetahuan Bakal Guru Fizik Tentang Peraturan Dan Keselamatan Makmal

Noordin, Shaharom and Mohamad Zulkapli, Nur Adila (2010) Tahap Pengetahuan Bakal Guru Fizik Tentang Peraturan Dan Keselamatan Makmal. TAHAP PENGETAHUAN BAKAL GURU FIZIK TENTANG PERATURAN DAN . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
136kB

Abstract

Tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal adalah penting bagi mengelakkan berlakunya kemalangan semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di makmal. Penyelidik memfokuskan kajian untuk mengukur tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal dalam kalangan pelajar tahun empat Program Pendidikan Fizik. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan. Kajian ini melibatkan dua pembolehubah bebas iaitu program pengajian dan jantina. Peserta kajian melibatkan 35 orang pelajar tahun empat Pendidikan Fizik yang mengikuti program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) (SPF) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik) (SPP) dan terdiri daripada 8 orang lelaki dan 27 orang perempuan dalam julat umur antara 22-30 tahun. Alat kajian yang digunakan berbentuk ujian pencapaian yang dinamakan Ujian Pencapaian Tahap Pengetahuan tentang Peraturan dan Keselamatan Makmal dengan nilai kebolehpercayaan α = .83. Ia mengandungi 45 item berbentuk soalan objektif. Dapatan kajian dianalisis dalam bentuk analisis statistik deskriptif iaitu min, nilai sisihan lazim, nilai maksimum, nilai minimum, julat dan peratusan. Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal peserta kajian adalah baik. Terdapat perbezaan terhadap tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal merentas program pengajian di mana tahap pengetahuan pelajar SPP adalah cemerlang manakala tahap pengetahuan pelajar SPF adalah baik. Bagi tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal merentas jantina, didapati tahap pengetahuan pelajar lelaki adalah cemerlang manakala tahap pengetahuan pelajar perempuan adalah baik. Ini menunjukkan tahap pengetahuan bakal guru Fizik masih kurang, maka penekanan kepada kepentingan pengetahuan tentang peraturandan keselamatan makmal dalam proses P&P perlu dititikberatkan untuk melahirkan guru Fizik yang berwibawa dan memiliki pengetahuan yang cukup untuk menempuhi alam pekerjaan kelak.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:teaching and learning (T&L) process in laboratory, Level of Knowledge on Laboratory Rules and Safety
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10205
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:06 Sep 2010 08:08
Last Modified:06 Jun 2017 07:02

Repository Staff Only: item control page