Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tinjauan Terhadap Tahap Penyeliaan Guru Pembimbing Terhadap Guru Pelatih Semasa Menjalani Latihan Mengajar

Kamaruddin, Meor Ibrahim and Anuar, Norziana (2010) Tinjauan Terhadap Tahap Penyeliaan Guru Pembimbing Terhadap Guru Pelatih Semasa Menjalani Latihan Mengajar. TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENYELIAAN GURU PEMBIMBING TERHADAP . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
88kB

Abstract

Semasa menjalani latihan mengajar, bimbingan daripada guru pembimbing amat penting untuk melahirkan guru yang cemerlang. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penyeliaan guru pembimbing terhadap guru pelatih. Tiga aspek penyeliaan di lihat: perancangan pengajaran, kaedah pengajaran dan profesionalisme. Kajian ini berbentuk deskriptif di mana data dikumpulkan melalui satu tinjauan. Sampel terdiri daripada 92 orang pelajar kursus Pendidikan Sains yang telah menjalani latihan mengajar sesi 2007/2008. Set soal selidik (kebolehpercayaan, ?=0.9692) telah digunakan dalam kajian ini. Hasil dapatan menunjukkan tahap penyeliaan guru pembimbing adalah tinggi dalam aspek perancangan pengajaran (min 3.53) dan profesionalisme (min 3.52). Manakala bagi aspek kaedah pengajaran, tahap peenyeliaan guru pembimbing adalah sederhana (min 3.49). Beberapa cadangan dikemukakan pada akhir laporan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:bimbingan, Science Education.
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10204
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:06 Sep 2010 08:04
Last Modified:21 Sep 2010 16:43

Repository Staff Only: item control page