Idris, Abdul Razak and Mohd Nor, Norma Aida (2010) Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Bagi Tajuk Penjelmaan Dalam Matapelajaran Matematik KBSM Melalui Pembelajaran Secara Kontekstual. PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) . pp. 1-9. (Unpublished)
|
PDF
46kB |
Abstract
Penghasilan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Bagi Tajuk Penjelmaan Dalam Matapelajaran Matematik KBSM Melalui Pembelajaran Secara Kontekstual ini adalah untuk menyediakan satu alternatif kepada para pelajar dalam menguasai topik ini dengan lebih baik. Selain itu, ia juga adalah salah satu langkah dalam mengurangkan beban guru untuk mengajar topik ini yang telah diketahui memerlukan banyak visualisasi. Isi kandungan perisian PBK ini adalah berlandaskan kepada silibus matematik KBSM dan telah diringkaskan supaya dapat membantu pelajar terutamanya dalam peperiksaan SPM. Perisian ini menerapkan pendekatan pembelajaran secara Kontekstual di mana pendekatan ini merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar, berkesan dan menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke arah peningkatan penguasaan dan prestasi pelajar. Dengan penerapan pendekatan ini membolehkan pelajar mengaitkan topik Penjelmaan dengan kehidupan harian mereka serta kepentingannya terhadap kehidupan manusia. Melalui pendekatan ini juga membolehkan pelajar memindahkan kemahiran, meneroka dan mendapatkan bukti. Model reka bentuk perisian ini adalah berdasarkan model ADDIE yang melibatkan lima fasa pembangunan iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian. Model reka bentuk ini dipilih memandangkan model ini menyediakan fasa-fasa reka bentuk yang ringkas tetapi padat dan jelas. Perisian PBK ini dibangunkan dengan menggunakan perisian bahasa gubahan Macromedia Authorware Attain 7.0 dan dibantu dengan perisian lain seperti Swishmax, Adobe Photoshop CS, Sony Sound Forge 8.0 dan Adobe Premiere Pro serta disokong oleh sistem pengoperasi Microsoft Windows XP dalam usaha menghasilkan perisian PBK yang interaktif . Justeru itu, dengan adanya perisian ini diharapkan dapat membantu guru dan juga pelajar dalam mengajar dan belajar topik ini secara optimum.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Computer Assisted Learning (CAL), Mathematics KBSM, Macromedia Authorware Attain 7.0, Swishmax, Adobe Photoshop CS, Sony Sound Forge 8.0, Adobe Premiere Pro. |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10203 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 06 Sep 2010 08:00 |
Last Modified: | 21 Sep 2010 16:41 |
Repository Staff Only: item control page