Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan MOODLE Bertajuk Daya Dan Tekanan

Noordin, Shaharom and Nordin, Norhidayah (2010) Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan MOODLE Bertajuk Daya Dan Tekanan. PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE BERTAJUK . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
108kB

Abstract

Bahan pembelajaran yang bermutu amat diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi mengatasi masalah ketidaksesuaian bahan P&P. Oleh itu pembangunan bahan berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah ini mampu mewujudkan pembelajaran yang berpusatkan pelajar yang terarah kendiri. Justeru, satu pembangunan bahan e-pembelajaran fizik bertajuk Daya dan Tekanan dibangunkan sejajar dengan keperluan pendidikan masa kini yang memerlukan lebih banyak bahan pengajaran berbentuk elektronik. Untuk mencari suatu perisian yang sesuai pembangun telah memilih satu sistem pengurusan kursus yang dinamakan MOODLE. Sistem ini dianggap sesuai dengan menggunakan pendekatan Model Pembelajaran Konstruktif Needham Lima Fasa. Model pembangunan bahan e-pembelajaran fizik yang bertajuk Daya dan Tekanan ini, berasaskan model ADDIE. Hasil daripada penilaian yang telah dijalankan keseluruhan bahan e-pembelajaran fizik bertajuk Daya dan Tekanan adalah sesuai digunakan dan memenuhi Sukatan Pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Empat.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Sukatan Pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Empat, MOODLE, ADDIE model.
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10202
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:06 Sep 2010 07:56
Last Modified:06 Jun 2017 06:48

Repository Staff Only: item control page