Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Luar Bandar

Ahmad Zanzali, Noor Azlan and Mohamad, Norhasnida (2010) Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Luar Bandar. KEBERKESANAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
77kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas mengenai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah luar bandar. Kajian ini memfokuskan kepada 3 objektif kajian iaitu mengenalpasti penggunaan bahasa Inggeris murid, mengenalpasti penggunaan bahasa Inggeris guru Matematik dan mengenalpasti penggunaan bahan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah dalam membantu meningkatkan kefahaman Matematik di dalam bahasa Inggeris. Pengumpulan data melibatkan temuabual dan soal selidik. Temubual mengandungi soalan bagi menguji penggunaan bahasa Inggeris guru dan penggunaan bahan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah membantu meningkatkan kefahaman Matematik di dalam bahasa Inggeris. Soal selidik mengandungi soalan mengenai penggunaan bahasa Inggeris murid dan penggunaan bahan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah membantu meningkatkan kefahaman Matematik di dalam bahasa Inggeris. Seramai 2 orang guru Matematik ditemubual dan 129 orang murid tingkatan 4 sekolah luar bandar dijadikan responden untuk soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 10 untuk mendapatkan maklumat statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan bahasa Inggeris murid berada pada tahap sederhana dengan min 2.90. Dapatan kajian juga menunjukkan guru menggunakan bahasa Inggeris semasa mengajar Matematik bergantung kepada kelas yang diajar. Walaubagaimanapun, penggunaan kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah tidak begitu digunakan oleh guru dan murid. Beberapa cadangan dan kajian lanjutan diberikan agar dapat meningkatkan lagi pencapaian Matematik dalam bahasa Inggeris.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Matematik, Bahasa Inggeris, Statistical Package for Social Science (SPSS).
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10199
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:06 Sep 2010 07:38
Last Modified:21 Sep 2010 16:37

Repository Staff Only: item control page