Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik

Arshad, Mohammad Yusof and Miskam, Nor Hafidatulhusna (2010) Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik. HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
158kB

Official URL: https://www.researchgate.net/publication/46274781_...

Abstract

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji hubungan gaya pembelajaran dominan dengan pencapaian akademik. Kajian ini juga bertujuan mengkaji taburan gaya pembelajarandominan pelajar-pelajar aliran sains dalam mata pelajaran kimia dan untuk mengkaji bagaimana setiap gaya pembelajaran dominan menyelesaikan masalah. Seramai 178 orang pelajar tingkatanempat aliran sains dari di tiga buah sekolah di kawasan Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johordilibatkan dalam kajian ini. Dua set soal selidik iaitu soal selidik gaya pembelajaran Honey dan Mumford yang mengandungi 80 item dan Ujian Tahap Kognitif Menyelesaikan Masalah Kimia(UTKMMK) yang mengandungi 4 soalan telah diedarkan kepada responden. Segala data atau butiran dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan kaedah Statistical Package for the Social Science(SPSS) version 11.0. Hasil daripada kajian mendapati majoriti pelajar adalah dari gaya pembelajaran Aktivis. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan antara gaya pembelajaran dominan dengan pencapaian akademik. Hasil daripada kajian juga mendapati kebanyakan golongan setiapjenis gaya pembelajaran dominan mempunyai proses yang baik dalam menyelesaikan masalah.Selain itu, beberapa cadangan kaedah pengajaran dikemukakan mengikut kesesuaian gayapembelajaran pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Ujian Tahap Kognitif Menyelesaikan Masalah Kimia (UTKMMK), Learning Style Questionnaire (LSQ, Statistical Package for the Social Science (SPSS).
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10198
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:06 Sep 2010 07:33
Last Modified:26 Feb 2017 03:25

Repository Staff Only: item control page