Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelatih - Pelatih Lelaki Sekolah Henry Gurney, Telok Mas Melaka Terhadap Program Latihan Kemahiran Vokasional Yang Dijalankan

Rajuddin, Muhammad Rashid and Ali, Dayana Farzeeha (2010) Persepsi Pelatih - Pelatih Lelaki Sekolah Henry Gurney, Telok Mas Melaka Terhadap Program Latihan Kemahiran Vokasional Yang Dijalankan. PERSEPSI PELATIH - PELATIH LELAKI SEKOLAH HENRY GURNEY, TELOK MAS MELAKA TERHADAP PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN VOKASIONAL YANG DIJALANKAN . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
187kB

Abstract

Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor- faktor yang mempengaruhi persepsi pelatih- pelatih Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka terhadap latihan kemahiran vokasional yang dijalankan. Faktor- faktor yang dikaji ialah faktor minat, kesedaran terhadap kepentingan latihan kemahiran vokasional dalam menentukan masa depan pelatih, keyakinan pelatih terhadap latihan kemahiran vokasional untuk diaplikasikan dalam kerjaya serta suasana pembelajaran seperti kemudahan peralatan, kaedah pembelajaran dan tenaga pengajar. Sampel kajian terdiri daripada 116 orang pelatih lelaki di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. Set soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Nilai kebolehpercayaan item soal selidik adalah ? = 0.85. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 12.0 untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil dapatan kajian menunjukkan faktor minat (min = 4.05), faktor kesedaran terhadap kepentingan latihan kemahiran vokasional dalam menentukan masa depan pelatih (min = 4.06), faktor keyakinan pelatih terhadap latihan kemahiran vokasional untuk diaplikasikan dalam kerjaya (min = 4.06) serta pembelajaran seperti kemudahan peralatan, kaedah pembelajaran dan tenaga pengajar (min = 4.23) kesemuanya berada pada tahap tinggi. Beberapa cadangan dikemukakan bagi memungkinkan kajian lanjutan dilakukan. Kata kunci: Vokasional, Statistical Package For Social Science (SPSS), Sekolah Henry Gurney

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10197
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:05 Sep 2010 12:39
Last Modified:21 Sep 2010 16:35

Repository Staff Only: item control page