Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri Atas Talian (Growth And Reproduction)

Ismail, Zaleha and Ridis Rinyod, Bernadette Doris (2010) Pembangunan Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri Atas Talian (Growth And Reproduction). PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN (GROWTH AND REPRODUCTION) . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
38kB

Abstract

Teknologi e-pembelajaran telah berjaya mempengaruhi sistem pendidikan di semua peringkat iaitu dari peringkat sekolah rendah hinggalah kepada peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT). E-pembelajaran dijadikan sebagai satu alternatif pembelajaran namun keberkesanannya bergantung kepada unsur pedagogi yang diterapkan didalamnya. Oleh itu, satu projek yang mengaplikasikan teknologi e-pembelajaran, iaitu projek Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri atas Talian dibangunkan untuk menghasilkan suatu e-pembelajaran yang berkesan, interaktif, mampu menarik minat murid untuk belajar serta bersifat mesra pengguna. Dalam pembangunan projek ini, satu sistem pengurusan kursus telah dipilih kerana pendekatannya menyokong konstruktivisme sosial. Model ADDIE digunakan sebagai asas dalam merancang dan membangunkan projek ini. Bahan e-pembelajaran dibangunkan bagi topik Growth and Reproduction dalam Biologi Tingkatan 5. Bahan-bahannya merangkumi Student’s Lesson, Teacher’s Note, Student’s Practice, Quizzes, Forum, Chat, Assignment, dan Glossary serta dilengkapi dengan elemen grafik dan animasi. Antara keistimewaan utama projek ini ialah ia menyediakan maklum balas informatif dan penilaian fleksibel bagi latihan dan kuiz yang disediakan. Diharapkan semoga projek yang dibangunkan ini dapat digunakan sebaiknya oleh murid, guru, ibu bapa, dan juga masyarakat serta memberikan manfaat kepada semua. Kata kunci: ADDIE, Growth, Reproduction

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10196
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:05 Sep 2010 11:55
Last Modified:21 Sep 2010 16:33

Repository Staff Only: item control page