Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Kemahiran Visualisasi Dan Gaya Pembelajaran Pelajar-Pelajar Daerah Johor Bahru Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan

Nordin, Mohd. Safarin and Abdul Razak, Diyana (2010) Tahap Kemahiran Visualisasi Dan Gaya Pembelajaran Pelajar-Pelajar Daerah Johor Bahru Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan. TAHAP KEMAHIRAN VISUALISASI DAN GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR-PELAJAR DAERAH JOHOR BAHRU DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
122kB

Abstract

Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan (LK) memerlukan seseorang pelajar yang mempelajarinya menguasai kemahiran visualisasi. Tujuan kajian yang dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap kemahiran visualisasi dalam kalangan pelajar tingkatan empat yang mempelajari mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di sekolah-sekolah menengah harian biasa di daerah Johor Bahru. Tahap kemahiran visualisasi pelajar diuji dengan menggunakan dua ujian piawai yang sering digunakan dalam kajian-kajian berkaitan visualisasi. Ujian-ujian piawai yang dimaksudkan ialah ujian Purdue Spatial Visualisation Tests of Rotation (PSVT:R) dan Minnesota Paper Form Board Test (MPFBT). Untuk menguji gaya pembelajaran pelajar pula pengkaji telah menggunakan soal selidik gaya pembelajaran Honey and Mumford yang telah diubahsuai. Kajian ini juga mengkaji perbezaan tahap kemahiran visualisasi dan gaya pembelajaran pelajar merentas jantina dan bangsa. Selain itu, kajian ini juga mengkaji tentang hubungan tahap kemahiran visualisasi dengan gaya pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran memutar pelajar adalah sederhana rendah sementara tahap kemahiran menggabung pelajar berada pada tahap sederhana tinggi. Pengkaji mendapati tahap kemahiran memutar pelajar perempuan adalah lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. Walaubagaimanapun, pengkaji mendapati tiada perbezaan tahap kemahiran visualisasi dari aspek menggabung antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Sementara itu, tahap kemahiran visualisasi pelajar berbangsa Cina adalah lebih baik berbanding pelajar berbangsa Melayu dan India. Bagi gaya pembelajaran pula, didapati kebanyakan pelajar mengamalkan gaya pembelajaran Teoris. Selain itu, kajian mendapati tiada perbezaan gaya pembelajaran antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan walaupun terdapat perbezaan antara gaya pembelajaran Teoris dan Pragmatis yang diamalkan pelajar merentas bangsa. Sementara itu, dapatan kajian menunjukkan terdapat perhubungan antara tahap kemahiran menggabung dengan gaya pembelajaran Aktivis.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Lukisan Kejuruteraan, Purdue Spatial Visualisation Tests of Rotation (PSVT:R), Paper Form Board Test (MPFBT)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10195
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:05 Sep 2010 11:43
Last Modified:08 Jun 2017 08:10

Repository Staff Only: item control page