Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Pencapaian Kemahiran Proses Sains Dalam Mata Pelajaran Fizik Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Daerah Kluang

Sulaiman, Seth and Ahmad, Ezan Haizurah (2010) Tahap Pencapaian Kemahiran Proses Sains Dalam Mata Pelajaran Fizik Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Daerah Kluang. TAHAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DALAM MATA PELAJARAN FIZIK DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
229kB

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap pencapaian Kemahiran Proses Sains dalam mata pelajaran Fizik di kalangan pelajar sekolah menengah terhadap Kemahiran Membuat Inferens, Kemahiran Memproses Data dan Kemahiran Mentakrif Secara Operasi. Seramai 120 orang responden yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima telah dipilih daripada enam buah sekolah di Daerah Kluang, Johor. Alat kajian yang digunakan mengandungi 30 soalan objektif berkaitan dengan konsep Fizik. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 17.0 for windows. Di samping itu, item-item kajian telah ditentusahkan oleh pakar dan diuji rintis. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ialah ? = .81. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa tahap pencapaian bagi keseluruhan kemahiran yang dikaji adalah sederhana (58.86%). Berdasarkan kajian ini juga, tahap pencapaian bagi setiap kemahiran yang dikaji adalah sederhana, Kemahiran Membuat Inferens (60.98%), Kemahiran Memproses Data (56.97%) dan Kemahiran Mentakrif Secara Operasi (58.75%). Analisis Ujian-t menunjukkan wujud perbezaan beerti antara responden jantina lelaki dan perempuan dengan nilai signifikan .001. Oleh yang demikian, berdasarkan daripada kajian boleh disimpulkan tahap pencapaian adalah sederhana bagi keseluruhan kemahiran dan perbezaan jantina mempengaruhi pencapaian pelajar terhadap kemahiran proses sains yang dikaji. Kata Kunci: Fizik, SPSS

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10194
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:05 Sep 2010 11:22
Last Modified:21 Sep 2010 16:25

Repository Staff Only: item control page