Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-Faktor Yang Mendorong Masyarakat Baba Dan Nyonya Di Bandar Melaka Menceburi Bidang Keusahawanan

Rajuddin, Muhammad Rashid and Eric Yeo, Cheng Aun (2010) Faktor-Faktor Yang Mendorong Masyarakat Baba Dan Nyonya Di Bandar Melaka Menceburi Bidang Keusahawanan. FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG MASYARAKAT BABA DAN NYONYA DI BANDAR MELAKA MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
145kB

Abstract

Kajian deskriptif ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong masyarakat Baba dan Nyonya di Bandar Melaka menceburi bidang keusahawanan. Perkaitan dilakukan terhadap empat faktor yang dikhususkan kepada pengaruh faktor latar belakang keluarga, faktor sikap, faktor motivasi, dan faktor kemahiran-kemahiran yang dimiliki oleh usahawan. Instrumen kajian yang dijalankan adalah set soal selidik yang mengandungi 40 item. Skala Likert telah digunakan untuk tujuan pengumpulan data dan set soal selidik tersebut telah diedarkan secara rawak kepada 30 orang usahawan Baba dan Nyonya di sekitar Bandar Melaka. Maklumat-maklumat yang diperolehi kemudiannya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 12.0 bertujuan untuk mendapatkan nilai min, kekerapan, dan juga peratusan. Daripada dapatan kajian yang diperolehi, nilai min purata menunjukkan bahawa faktor sikap, faktor kemahiran serta faktor motivasi diri berada pada tahap yang tinggi. Cuma faktor latar belakang keluarga berada pada tahap sederhana. Faktor sikap usahawan merupakan faktor pendorong yang terkuat dalam mempengaruhi masyarakat Baba dan Nyonya di Bandar Melaka menceburi bidang keusahawanan. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi membolehkan kajian lanjutan dilakukan pada masa hadapan. Kata kunci: Baba dan Nyonya, Statistical Package for Social Science (SPSS)

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10191
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:05 Sep 2010 09:21
Last Modified:26 Jul 2017 07:38

Repository Staff Only: item control page