Mohd. Amin, Nor Fadila and Zulkifli, Emy Mastura (2010) Pembangunan Perisian Multimedia Berkonsepkan Teori Konstruktivisme Bagi Lukisan Tangen. PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERKONSEPKAN TEORI KONSTRUKTIVISME BAGI LUKISAN TANGEN . pp. 1-5. (Unpublished)
|
PDF
49kB |
Abstract
Penggunaan perisian multimedia mampu membantu dalam proses pembelajaran kendiri. Walau bagaimanapun, perisian multimedia lukisan kejuruteraan yang bercirikan pendidikan tempatan agak sukar untuk didapati dipasaran. Sehubungan dengan itu, projek ini bertujuan membangunkan perisian multimedia menggunakan strategi pengajaran Tutorial untuk mata pelajaran lukisan kejuruteraan tingkatan 4 bagi tajuk tangen. Isi kandungan perisian ini disusun berdasarkan sukatan pelajaran dan buku teks lukisan kejuruteraan. Bahasa Inggeris telah dijadikan bahasa pengantar di dalam perisian ini. Gabungan unsur-unsur multimedia seperti teks, grafik, animasi dan audio di dalam perisian ini dapat meningkatkan motivasi dan minat pengguna. Teori Konstruktivisme seperti penerokaan, pembelajaran dan persoalan telah diterapkan di dalam perisian ini. Metodologi pembangunan perisian multimedia ini adalah berasaskan model rekabentuk pengajaran ADDIE yang mempunyai lima fasa iaitu, Fasa Analisis, Fasa Rekabentuk, Fasa Pembangunan, Fasa Perlaksanaan dan Fasa Penilaian. Perisian multimedia ini dibangunkan menggunakan perisian pengarangan Flash 8 dan perisian sokongan lain seperti Adobe Photoshop dan Sound Forge. Perisian ini dipakejkan dalam bentuk cakera padat (CD) bagi memudahkan pengguna menggunakannya. Hasil daripada pembinaan perisian ini diharapkan dapat memberikan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada pengguna.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | cakera padat (CD), ADDIE, Konstruktivisme |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10186 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 05 Sep 2010 08:31 |
Last Modified: | 26 Feb 2017 02:17 |
Repository Staff Only: item control page