Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Tunas Bakti (P) Sungai Lereh, Melaka

Boon, Yusof and Mohd Yunos, Nur Athirah (2010) Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Tunas Bakti (P) Sungai Lereh, Melaka. PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH TUNAS BAKTI (P) SUNGAI LEREH, MELAKA . (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
180kB

Abstract

Kerajaan melalui Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah melaksanakan pelbagai program seperti program pemulihan akhlak dan Kempen Penghayatan Akhlak Mulia bagi menangani masalah sosial dan keruntuhan akhlak remaja. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji pembelajaran dalam kalangan pelajar Sekolah Tunas Bakti (P) Sungai Lereh, Melaka. Kajian ini melibatkan 40 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pembelajaran di sekolah tersebut dengan menggunakan persempelan secara tidak rawak. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik. Satu set borang yang soal selidik diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan. Data dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS (Statistical Package For The Social Science) versi 11.5 untuk Windows bagi mendapatkan frekuansi, peratusan dan min. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan pengajaran guru, kemahiran dan pembangunan diri yang mereka perolehi di Sekolah Tunas Bakti (P) Sungai Lereh, Melaka adalah berada pada tahap sederhana. Kata kunci: Statistical Package For The Social Science, frekuensi, peratusan, min

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10146
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:03 Sep 2010 18:01
Last Modified:11 Sep 2017 01:23

Repository Staff Only: item control page