Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri Dalam Talian (Inheritance Dan Variation)

Ismail, Zaleha and Ab. Rahman, Nor Ashikin (2010) Pembangunan Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri Dalam Talian (Inheritance Dan Variation). PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI DALAM TALIAN (INHERITANCE DAN VARIATION) . (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
291kB

Abstract

Pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiri atas talian ini dibina untuk menyediakan suasana pembelajaran yang berkesan dan seimbang dari segi penggunaan teknologi, isi kandungan dan aspek pedagogi. Sistem ini berteraskan teori sosial konstruktivisme yang menekankan pembelajaran secara aktif dalam menangani masalah kesukaran untuk memahami konsep dan kurangnya minat terhadap matapelajaran Biologi khususnya bagi topik Inheritance dan Variation. Di samping itu, model rekabentuk ADDIE digunakan untuk melancarkan proses pembangunan sistem yang berteraskan teknologi web. Sistem sokongan pembelajaran kendiri ini menyediakan pelbagai jenis bahan pengajaran dan pembelajaran seperti nota guru, pembelajaran pelajar, forum, perbualan, kuiz, animasi dan video. Melalui bahan yang disediakan, pelajar berpeluang untuk meneroka dan membentuk satu konsep yang teguh dalam diri mereka. Dengan adanya sistem sokongan pembelajaran kendiri atas talian ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada pengguna khususnya pelajar dalam meningkatkan kecemerlangan diri, masyarakat dan Negara. Kata kunci: ADDIE, konstruktivisme, inheritance, variation

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10145
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:03 Sep 2010 17:56
Last Modified:11 Sep 2017 02:04

Repository Staff Only: item control page