Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Projek Rekacipta Alat Penjimatan Tenaga Elektrik Bagi Kegunaan Domestik

Sidek, Rosni Zamuddin Shah and Uyub, Aminah (2010) Projek Rekacipta Alat Penjimatan Tenaga Elektrik Bagi Kegunaan Domestik. PROJEK REKACIPTA ALAT PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK BAGI KEGUNAAN DOMESTIK . (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
107kB

Abstract

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mereka cipta satu model alat penjimatan tenaga elektrik bagi penggunaan domestik serta bagi mendapatkan maklum balas daripada responden tentang penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik ini. Komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan pembetulan kuasa aktif bagi kajian ini ialah litar sepadu (IC) jenis UC 3854. Litar pra-pengatur pembetulan faktor kuasa ini mampu membetulkan faktor kuasa sehingga 0.98 pada julat voltan bekalan antara 80VPMKD hingga 260VPMKD. Maklumbalas daripada responden mengenai penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik ini diperolehi melalui soal selidik yang dijalankan ke atas penduduk di sekitar Taman Sri Pulai, Skudai. Sampel kajian adalah terdiri daripada 30 orang penduduk kawasan terbabit. Data dan maklumat yang diperolehi telah di analisis menggunakan perisian Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS) versi 12.0 serta analisis deskriptif adalah berbentuk frekuensi dan peratusan. Instrumen kajian yang digunakan mempunyai nilai kebolehpercayaan ?=0.873. Secara keseluruhan, penduduk di Taman Sri Pulai, Skudai bersetuju bahawa alat penjimatan tenaga elektrik in memenuhi empat aspek utama yang ditekankan dengan purata peratusan sebanyak 69 peratus. Namun, bagi menjadikan alat penjimatan tenaga elektrik ini lebih efesien pereka mencadangkan agar satu litar penunjuk kerosakan dapat ditambah bagi memudahkan pengguna mengesan kerosakan yang berlaku pada alat tersebut. Kata kunci: Litar sepadu, Root Mean Square

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10143
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:03 Sep 2010 17:49
Last Modified:11 Sep 2017 04:56

Repository Staff Only: item control page