Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan ICT Dalam Kalangan Guru Pelatih Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan, UTM

Yasin, M.Al-Muz-Zammil and Abdullah, Abd. Muezzam Shah (2010) Penggunaan ICT Dalam Kalangan Guru Pelatih Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan, UTM. PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM . (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
358kB

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat penggunaan ICT dalam kalangan guru-guru pelatih Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor. Kajian ini melibatkan seramai 151 orang guru pelatih Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH) yang telah menjalani latihan praktikum. Instrumen kajian yang telah digunakan ialah set soalan soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A digunakan untuk melihat latar belakang responden. Manakala untuk bahagian B pula untuk menjawab keempat-empat persoalan kajian yang dikemukakan. Data yang diperolehi telah diproses dengan menggunakan perisian “Statitiscal Package for Sosial Sciences” (SPSS) Version 15.0 untuk menilai peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran pada guru pelatih Kemahiran Hidup terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang sederhana (min 3.31), manakala sikap guru pelatih Kemahiran Hidup terhadap penggunaan ICT menunjukkan pada tahap yang tinggi (min 4.06). Hasil kajian mendapati wujudnya beberapa masalah terhadap penggunaan penggunaan ICT dalam kalangan guru-guru pelatih semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan berada pada tahap yang sederhana (min 2.65). Hasil kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan ICT dengan faktor jantina dan faktor program dalam kalangan guru pelatih Kemahiran Hidup UTM semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Di akhir kajian, penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan yang boleh diteliti oleh pihak-pihak tertentu untuk memaju dan meningkatkan lagi penggunaan ICT di kalangan guru pelatih. Kata kunci: ICT, Statitiscal Package for Sosial Sciences (SPSS), Kemahiran Hidup

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10142
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:03 Sep 2010 17:46
Last Modified:12 Sep 2017 01:40

Repository Staff Only: item control page