Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Analisis Keperluan Latihan di Kalangan Pelajar-Pelajar FFPSM yang Berprestasi Kurang Memuaskan

Bakri, Norhani and Abd. Razak, Noor Zainab and Abd. Rahman, Hamidah and Ahmad Khalid, Aminah Analisis Keperluan Latihan di Kalangan Pelajar-Pelajar FFPSM yang Berprestasi Kurang Memuaskan. Project Report. Universiti Teknologi Malaysia. (Unpublished)

WarningThere is a more recent version of this item available.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenalpasti profil dan personaliti pelajar yang berprestasi kurang memuaska n di FPPSM, faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran mere ka dan jenis-jenis latihan yang diperlukan. Responden terdiri daripada keseluruhan pelajar FPPSM yang memperolehi skor CGPA kurang dari 2.5. Kaedah pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan borang so al selidik dan di analisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Package Social Science (SPSS). Kebolehpercayaan (reliability) borang soal selidik adalah 0.659. Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan pelajar berprestasi kurang memuaskan di FPPSM terdiri dari pada pelajar Melayu, berasal dari kawasan luar bandar/pekan kecil de ngan tahap sosio ekonomi keluarga yang rendah. Majoriti daripada mereka mempunyai personaliti ‘introvert’ serta menghadapi masalah untuk menyesu aikan diri dengan teknik belajar di IPT, kurang daya usaha dan me mandang rendah terhadap kemampuan diri. Kebanyakan mereka memerlukan latihan bimbingan kerjaya, kursus pengurusan masa, kursus komunikasi berkesan dan kemahiran belajar yang berkesan. Pihak UTM amnya da n FPPSM, khususnya perlu sentiasa memantau dan membimbing pelajar secara konsisten dan berterusan bagi memastikan mereka dapat menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran di UTM dengan sikap yang positif melalui kaedah pembelajaran yang betul.

Item Type:Monograph (Project Report)
Subjects:A General Works > AS Academies and learned societies (General)
Divisions:Management and Human Resource Development (Formerly known)
ID Code:1013
Deposited By: Pn Zaidah Ramli
Deposited On:23 Feb 2007 08:07
Last Modified:26 Jul 2017 03:40

Available Versions of this Item

Repository Staff Only: item control page