Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kemurungan Dalam Kalangan Penghuni Rumah Anak Yatim Di Daerah Kota Bharu, Kelantan

Ramli, Jamaludin and Yahaya, Azizi and Yahaya, Noordin and Md Lazim, Siti Zainab (2010) Kemurungan Dalam Kalangan Penghuni Rumah Anak Yatim Di Daerah Kota Bharu, Kelantan. Journal of Science & Mathematics Education . (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
193kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah kemurungan dalam kalangan penghuni rumah anak yatim. Kajian ini dijalankan di tiga buah rumah anak yatim di daerah Kota Bharu, Kelantan. Rumah anak yatim yang terlibat ialah Rumah Anak Yatim Darul Aitam (Putera), Rumah Anak Yatim Darul Aitam (Puteri) dan Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan (Rumah Putera Dan Puteri Harapan). Bilangan responden yang terlibat adalah seramai 180 orang anak-anak yatim yang tinggal di rumah anak yatim tersebut. Kajian yang berbentuk deskriptif ini menggunakan borang Beck Depression Inventory (BDI) yang mengandungi 20 item sebagai instrumen kajian. Kebolehpercayaan item dalam borang soal selidik mencatatkan nilai Alfa Cronbach 0.731. Data diproses menggunakan perisian Statistical Package for Social Science Version 15 (SPSS V15). Dapatan menunjukkan tahap kemurungan secara keseluruhan dalam kalangan anak-anak yatim berada pada tahap ringan. Hasil dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan tahap kemurungan yang signifikan mengikut jantina (p = 0.000 < ? = 0.05). Selain itu, hasil analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap kemurungan yang signifikan mengikut umur (p = 0.349 > ? = 0.05). Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi mengurangkan tahap kemurungan dalam kalangan anak yatim. Kata Kunci: Kemurungan, simptom

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10127
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:02 Sep 2010 16:02
Last Modified:26 Jul 2017 04:47

Repository Staff Only: item control page