Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan Moodle Bertajuk ‘Gas Laws’ Tingkatan Empat

Sulaiman, Seth and Salleh, Noor Izyan (2010) Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan Moodle Bertajuk ‘Gas Laws’ Tingkatan Empat. Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan Moodle Bertajuk ‘Gas Laws’ Tingkatan Empat . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
638kB

Abstract

E-pembelajaran bukanlah sesuatu yang baru malah telah mengalami perkembangan yang pesat dalam dunia pendidikan. Pembelajaran berasaskan web telah dilihat sebagai satu altenatif yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) kerana kaedah ini mampu mewujudkan pembelajaran secara individu yang akses kendiri. Untuk mendapatkan pendekatan efektif dalam melaksanakan e-pembelajaran, projek ini telah memilih satu sistem pengurusan kursus yang dinamakan MOODLE kerana dianggap sesuai memandangkan reka bentuknya dapat menyokong teori konstruktivisme sosial. Bahan e-pembelajaran yang bertajuk Gas Laws memuatkan pelbagai jenis sumber dan aktiviti pembelajaran berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Sumber bahan pembelajaran yang disediakan mengikut hasil pembelajaran adalah dalam bentuk Powerpoint dan video sementara bentuk aktiviti yang dimaksudkan dalam istilah MOODLE ialah Quiz, Assignment, Choices, Journal, Chat dan Forum. Aktiviti-aktiviti ini dapat membenarkan pelajar berinteraksi dengan guru serta mendapat maklum balas secara spontan. Persekitaran pembelajaran turut dimantapkan dengan grafik dan animasi. Diharapkan usaha ini mendapat perhatian para pendidik lain untuk meneruskan projek ini agar MOODLE dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar dengan penuh interaktif.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Modular Object Oriented Dynamic Learning Environment, OSS - Open Source Software , PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer , PHP - Hypertext Preprocessor
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10124
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:02 Sep 2010 09:26
Last Modified:21 Sep 2010 09:24

Repository Staff Only: item control page