Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Membangun Web Portal Berasaskan Moodle Bertajuk Probability SPM

Muhamed, Muhini and Alias, Noor Hidayah (2010) Membangun Web Portal Berasaskan Moodle Bertajuk Probability SPM. Membangun Web Portal Berasaskan Moodle Bertajuk Probability SPM . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
516kB

Abstract

Pembelajaran berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif dalam menyediakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Web portal bertajuk Probability SPM telah menggunakan satu sistem pengurusan kursus yang dinamakan Moodle (Modular Object Oriented Dynamic Learning Environment) kerana rekabentuknya yang menyokong prinsip konstruktivisme sosial di mana guru dan pelajar saling berinteraksi menerusi sumber dan aktiviti yang telah disediakan. Model ASSURE digunakan dalam merancang dan membangunkan projek web portal ini. Nota yang disediakan dalam format power point dibangunkan berdasarkan objektif pembelajaran dan sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Kepelbagaian bahan yang dimuatkan di dalam web portal ini mempunyai paparan yang menarik, terkini, interaktif, set induksi yang berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan seharian pelajar dan disertakan juga soalan yang memandu pelajar berfikir. Antara aktiviti interaktif yang dibangunkan dalam Moodle ini adalah seperti Kuiz, Hot Potatoes Quiz, Tugasan, Forum, Chat dan Journal. Soalan kuiz dibina berdasarkan miskonsepsi dan analisis kesilapan yang sering pelajar lakukan dan setiap jawapan akan diberikan maklumbalas. Sistem pengkalan data membenarkan guru dan pelajar dapat mengikuti prestasi pelajar berdasarkan markah, tempoh masa, kekerapan yang boleh diperolehi. Di dalam ruangan Forum dan Chat, pelajar dan guru dapat saling berinteraksi antara satu sama lain. Web portal ini boleh dimanfaatkan oleh pelajar khususnya untuk tujuan pembelajaran kendiri menerusi keupayaannya memberi maklumbalas yang spontan, memperolehi bimbingan daripada guru mahupun rakan-rakan di mana gaya pembelajaran ini sukar dicapai dalam sistem pendidikan tradisional.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10123
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:02 Sep 2010 09:23
Last Modified:24 May 2017 03:20

Repository Staff Only: item control page