Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Fizik Tingkatan 4:Haba Pendam Tentu Pengewapan Dengan Menggunakan Teori Konstruktivisme

Yahya, Noraffandy and Azaharuddin, Noor Azzuhana (2010) Pembangunan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Fizik Tingkatan 4:Haba Pendam Tentu Pengewapan Dengan Menggunakan Teori Konstruktivisme. Pembangunan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Fizik Tingkatan 4: Haba Pendam Tentu Pengewapan Dengan Menggunakan Teori Konstruktivisme . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
168kB

Abstract

Laman web Latent Heat of Vaporisation merupakan laman web yang dibina untuk membolehkan pelajar melakukan eksperimen bagi topik Haba Pendam Pengewapan secara digital dengan hanya menggunakan tetikus komputer. Melalui laman web ini, pelajar-pelajar dapat memahami konsep haba pendam pengewapan secara lebih mendalam dengan bantuan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik dan animasi yang terdapat di dalam laman web ini. Perisian utama yang digunakan untuk membangunkan laman web ini ialah perisian Adobe Dreamwever CS3. Selain itu, perisian-perisian sokongan yang digunakan semasa proses pembangunan laman web ini ialah perisian Adobe Flash CS3 dan Adobe Photoshop CS3. Teori pembelajaran yang digunakan dalam laman web ini ialah Teori Konstruktivisme. Teori konstrutivisme adalah teori yang berpusatkan pelajar. Berdasarkan teori tersebut, laman web yang dibina juga adalah berpusatkan pelajar di mana pelajar bebas melakukan eksperimen mengikut cara mereka sendiri berpandukan arahan yang diberikan. Model reka bentuk pengajaran yang digunakan semasa pembangunan laman web ialah model ADDIE. Terdapat 5 fasa dalam model ini, iaitu, Analysis, Design, Development, Implementation, dan Evaluation. Model ADDIE digunakan dalam pembangunan laman web kerana model ini mudah untuk digunakan dan fasa-fasa yang terdapat dalam model ini juga membolehkan laman web dibina dengan lebih sistematik. Diharapkan laman web ini akan membantu guru dan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran topik Haba Pendam Pengewapan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:ADDIE-Analysis, Design, Development, Implementation, Evaluation, ASSURE-Analyze leaner, State objectives, Select method ,Utilize, Require learner participant, Evaluation, HTML-Hypertext Markup Language
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10122
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:02 Sep 2010 09:20
Last Modified:21 Sep 2010 09:21

Repository Staff Only: item control page