Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perkaitan Antara Hubungan Kekeluargaan, Pengaruh Rakan Sebaya dan Kecerdasan Emosi Dengan Tingkah Laku Delinkuen Pelajar Sekolah Bestari Di Daerah Pontian

Yahaya, Azizi and Yahaya, Noordin and Hj. Bachok, Junaidah (2010) Perkaitan Antara Hubungan Kekeluargaan, Pengaruh Rakan Sebaya dan Kecerdasan Emosi Dengan Tingkah Laku Delinkuen Pelajar Sekolah Bestari Di Daerah Pontian. Journal of Science & Mathematics Education . (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
205kB

Abstract

Hampir setiap hari ada sahaja salah laku remaja berlaku, baik dalam bentuk yang sekecil-kecilnya iaitu seperti ponteng sekolah, melawan guru dan sebagainya hinggalah kepada salah laku yang lebih serius seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang akhirnya akan mewujudkan pelbagai gejala sosial seperti bersekedudukan, lari dari rumah, bohsia, bohjan dan akhirnya membawa kepada perlakuan pengguguran dan pembuangan bayi (Sabitha & Mahmood, 1995). Tujuan Kajian dijalankan untuk mengenalpasti adakah faktor hubungan kekeluargaan, kecerdasan emosi dan pengaruh rakan sebaya menyumbang kepada tingkah laku delinkuen pelajar. Sampel Subjek kajian seramai 201 orang pelajar tingkatan dua dan empat yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Kaedah Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah persampelan rawak berstrata berdasarkan ciri populasi dan menggunakan instrument kajian berbentuk soal-selidik. Keputusan Daripada analisis regeasi pelbagai yang dijalankan didapati terdapat varian yang signifikan bagi faktor (hubungan kekeluargaan, jantina dan pengaruh rakan sebaya) terhadap kriterion tingkah laku delinkuen. Kesimpulan Banyak lagi faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku pelajar yang perlu dikaji dan dikupas kerana ianya akan dapat memberi sumbangan yang besar kepada semua golongan masyarakat dan pihak kerajaan bagi membendung masalah salah laku daripada berleluasa dan berterusan sehingga terbawa-bawa ke alam dewasa. Adalah amat merugikan sekiranya generasi akan datang yang dikatakan sebagai pemimpin masa depan tidak mempunyai disiplin dan personaliti yang baik disebabkan masalah salah laku yang mereka alami di zaman persekolahan tidak dapat ditangani dengan baik. Semoga para pelajar sentiasa berpesonaliti sebagai pelajar yang baik dan berdisiplin bagi memastikan negara mempunyai pemimpin masa depan yang boleh dipercayai. Kata kunci: hubungan kekeluargaan, kecerdasan emosi dan pengaruh rakan sebaya dan tingkah laku delinkuen.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10118
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:02 Sep 2010 06:44
Last Modified:26 Jul 2017 04:15

Repository Staff Only: item control page