Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kerangka elemen reka bentuk keselamatan kanak-kanak bagi kediaman berbilang tingkat

Yusuf, Siti Ayu Zubaidah (2022) Kerangka elemen reka bentuk keselamatan kanak-kanak bagi kediaman berbilang tingkat. PhD thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Built Environment & Surveying.

[img]
Preview
PDF
575kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Pembangunan kediaman berbilang tingkat merupakan satu inisiatif bagi memastikan kemudahan kediaman yang mencukupi di kawasan berkepadatan tinggi. Pertumbuhan kediaman berbilang tingkat yang berterusan menunjukkan bahawa sistem pengurusan harta tanah yang berkesan diperlukan dalam penyediaan pembangunan harta tanah kediaman berbilang tingkat yang mampan. Kejadian kanak-kanak jatuh dari bangunan kediaman bukanlah sesuatu yang baru tetapi telah berlaku di seluruh negara selama bertahun-tahun yang mengakibatkan kecederaan parah dan kematian. Ini boleh dielakkan dengan menambah baik elemen reka bentuk keselamatan kanak-kanak untuk kediaman baharu atau dengan menyediakan ciri keselamatan kanak-kanak untuk kediaman sedia ada. Keselamatan kanakkanak di rumah adalah elemen penting dalam reka bentuk kediaman tetapi sebahagian besarnya diabaikan. Oleh itu, kajian ini dijalankan berdasarkan tiga objektif; pertama, mengenal pasti reka bentuk di kediaman berbilang tingkat yang menjadi punca berlakunya kanak-kanak jatuh dari bangunan; kedua, untuk mengkaji ciri-ciri elemen reka bentuk keselamatan kanak-kanak di kediaman berbilang tingkat; dan ketiga, untuk menghasilkan rangka kerja parameter elemen reka bentuk keselamatan kanak-kanak dalam kelulusan aplikasi pembangunan kediaman berbilang tingkat. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dan kuantitatif dengan pengumpulan data melibatkan pengedaran borang soal selidik dan temu bual dengan pihak yang terlibat dalam pembangunan kediaman berbilang tingkat. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk memproses data bagi memastikan maklumat yang disampaikan dapat diterangkan dengan lebih jelas. Di samping itu, analisis MCDA digunakan untuk menentukan kedudukan elemen keselamatan yang menjadi punca kanak-kanak jatuh. Kajian ini mendapati empat elemen reka bentuk keselamatan menjadi punca utama kejadian kanak-kanak jatuh iaitu tingkap, balkoni, koridor dan tangga. Melalui analisis yang telah di jalankan, beberapa ciri penting telah diperolehi bagi menambah baik kerangka kerja parameter keselamatan kanakkanak untuk kediaman berbilang tingkat. Kajian ini akan dapat membantu memastikan bangunan kediaman selamat untuk diduduki terutamanya bagi golongan kanak-kanak. Selain itu, ia juga boleh memanfaatkan perancangan kediaman yang dinamik dan boleh didiami untuk semua. Ini akan meningkatkan kualiti hidup melalui persekitaran yang selamat dan kesejahteraan manusia untuk masa kini dan masa depan.

Item Type:Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords:kediaman berbilang tingkat, elemen keselamatan, keselamatan kanak-kanak
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
N Fine Arts > NA Architecture
Divisions:Built Environment
ID Code:100317
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:29 Mar 2023 07:49
Last Modified:29 Mar 2023 07:49

Repository Staff Only: item control page