Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Dan Hubungannya Dengan Tekanan Kerja Dan Kepuasan Kerja

Mad Shah, Ishak and Lai, Lee Ching (2001) Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Dan Hubungannya Dengan Tekanan Kerja Dan Kepuasan Kerja. Jurnal Teknologi E (34E). pp. 51-64. ISSN 0127-9696

[img]
Preview
PDF
477Kb

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/34/E/JT34...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat bentuk-bentuk dan pelaku gangguan seksual dan sejauhmana hubungannya dengan tekanan kerja dan kepuasan kerja. Gangguan seksual diukur menggunakan soal selidik Sex And The Workplace, manakala tekanan kerja dan kepuasan kerja, masing-masing diukur dengan Job Related Tension Index dan Brayfield-Rothe Index. Seramai 100 orang operator pengeluaran wanita yang berpengalaman diganggu seksual dipilih sebagai subjek kajian menggunakan persampelan tujuan. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan infrensi. Keputusan kajian menunjukkan bentuk gangguan yang kurang serius lebih kerap berlaku dan pelaku utamanya ialah rakan sekerja dan ketua atau penyelia. Keputusan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan bersifat positif dengan tekanan kerja dan bersifat negatif dengan kepuasan kerja. Beberapa cadangan untuk kajian hadapan turut dinyatakan dalam kajian ini.

Item Type:Article
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Education
ID Code:1003
Deposited By: En Mohd. Nazir Md. Basri
Deposited On:23 Feb 2007 07:47
Last Modified:09 Nov 2010 08:50

Repository Staff Only: item control page