Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Model keputusan penilaian awal pembangunan bank tanah

Syed Mustorpha, Sharifah Nurul Akhilah (2022) Model keputusan penilaian awal pembangunan bank tanah. PhD thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Built Environment & Surveying.

[img]
Preview
PDF
464kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Pembangunan bank tanah dilihat sebagai suatu proses kreatif yang melibatkan pelaburan dalam kawasan tanah dengan tujuan untuk meningkatkan nilai. Namun, perbankan tanah di Malaysia masih dianggap sangat berisiko. Walaupun potensi perbankan tanah telah diakui, penggunaan tanah sebenar sukar untuk dipenuhi kerana ia tidak mempunyai rangka kerja. Aktiviti perbankan tanah tidak dikawal selia, khususnya peraturan yang melibatkan perbankan tanah. Pemaju atau pembuat keputusan dilihat mempunyai pandangan tersendiri tentang keperluan, objektif dan cabaran. Semua keputusan yang dibuat berdasarkan gerak hati tanpa pendekatan yang saintifik. Ini boleh membawa kepada kekurangan kualiti pembangunan kerana membuat keputusan yang lemah dan seterusnya menyebabkan tanah tidak diusahakan dan terbiar. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis model hasil penilaian awal pembangunan bank tanah bagi mencapai kejayaan dan memperoleh pulangan yang diharapkan. Ini boleh dicapai dengan memberi tumpuan kepada objektif kajian seperti mengenal pasti kriteria utama yang diambil kira sebelum membuat penilaian awal pembangunan bank tanah, menganalisis keputusan penilaian awal pembangunan bank tanah dan mencadangkan model berdasarkan penilaian awal pembangunan bank tanah. Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dipilih sebagai kajian kes bagi mengukuhkan dapatan kajian kerana memenuhi beberapa komponen isu yang diperoleh daripada kajian literatur dan kajian rintis pada peringkat awal. RAC menanggung sebahagian besar kerugian disebabkan kelemahan dalam perniagaan utamanya yang melibatkan penyediaan perkhidmatan pengangkutan. Bagaimanapun, pengurusan asetnya masih perlu diteliti. Teori yang diberikan penekanan adalah peringkat, aktiviti, titik membuat keputusan, pembuat keputusan, kaedah keputusan, alat membuat keputusan (pasaran), alat membuat keputusan (kewangan), kriteria keputusan, maklumat ekonomi, maklumat teknikal dan maklumat kewangan. Kajian ini menggunakan kaedah Delphi sebagai teknik penyelidikan untuk pengumpulan data kerana kemampuannya untuk meneroka faktor-faktor yang mempengaruhi amalan semasa proses keputusan dalam projek pembangunan bank tanah dan maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan yang berbeza. Kaedah Delphi membolehkan persetujuan sekumpulan pakar diperoleh selepas mendapatkan pendapat mereka mengenai perkara yang diusulkan. Seramai 42 responden telah dikenal pasti sebagai pihak berkepentingan RAC. Data yang dikumpul berdasarkan integrasi analisis kualitatif dan kuantitatif dengan mengguna pakai reka bentuk eksplorasi didapati mempengaruhi tahap prestasi serta pengalaman dalam proses pembangunan bank tanah. Model ini dicirikan semasa fasa awalan pembuatan keputusan. Berdasarkan penemuan, model yang cekap bagi membuat keputusan penilaian awal pembangunan bank tanah telah diwujudkan. Model ini boleh membantu ahli akademik dan pihak berkepentingan dengan keputusan penilaian awal yang boleh dipercayai dan meyakinkan bagi pembangunan tanah.

Item Type:Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords:pembangunan bank tanah, Perbadanan Aset Keretapi (RAC), perbankan tanah
Subjects:N Fine Arts > NA Architecture
Divisions:Built Environment
ID Code:100031
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:29 Mar 2023 06:27
Last Modified:29 Mar 2023 06:27

Repository Staff Only: item control page