Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Model hubungkait antara faktor kejayaan sistem bina kemudian jual dengan faktor kejayaan projek dalam sistem penyampaian perumahan

Almi, Nurul Aisya (2022) Model hubungkait antara faktor kejayaan sistem bina kemudian jual dengan faktor kejayaan projek dalam sistem penyampaian perumahan. PhD thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Built Environment & Surveying.

[img]
Preview
PDF
676kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Sistem penyampaian perumahan merupakan proses yang membolehkan orang ramai memenuhi keperluan asas mereka sebagai tempat perlindungan yang melibatkan banyak proses dari pihak berkepentingan. Sistem Bina Kemudian Jual (BKJ) telah diperkenalkan pada 2007 untuk menangani isu perrumahan terbengkalai di bawah Sistem Jual Kemudian Bina (JKB). Walaupun sistem BKJ dilihat mampu menyelesaikan isu dalam sistem penyampaian perumahan, namun masih terdapat isu rumah terbengkalai setiap tahun. Beberapa isu dalam sistem BKJ telah menyebabkan pemaju enggan melaksanakan kaedah ini. Tambahan pula, hanya isu kewangan yang dititikberatkan sebagai punca keengganan perlaksanaan sistem BKJ, manakala isu dalam pengurusan projek pembinaan kurang diketengahkan. Oleh itu, satu kajian telah dilaksanakan bagi memastikan sistem penyampaian perumahan di Malaysia dapat dilaksanakan tanpa membebankan mana-mana pihak berkepentingan dan pada masa yang sama mengurangkan masalah berkaitan perumahan yang berulang kali berlaku. Kajian kuantitatif telah dijalankan untuk menangani objektif kajian ini. Sebanyak 300 borang soal selidik telah diedarkan secara peribadi dan melalui e-mel, kepada pemaju yang berdaftar di bawah Persatuan Pemaju dan Harta Tanah (REHDA). Analisis statistik diskriptif (analisis frekuensi) dan analisis indeks kepentingan relatif (RII) digunakan untuk menentukan tahap kepentingan faktor kejayaan sistem BKJ. Hasil kajian menunjukkan tujuh item telah dikategorikan sebagai ‘sangat penting’, iaitu insentif pemaju, tempoh kelulusan pembangunan, kewangan, kontraktor berkualiti, pemilihan pasukan, penyelesaian masalah dan komunikasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor kejayaan sistem BKJ mempunyai hubungan yang signifikan dengan faktor kejayaan projek. Faktor pengurusan projek merupakan penyumbang utama kepada faktor kejayaan sistem BKJ. Ini jelas membuktikan bahawa faktor kewangan bukanlah satu-satunya faktor yang menyebabkan sistem penyampaian perumahan yang lemah. Dapatan daripada proses penilaian dan pengesahan digunakan untuk membangunkan model hubungkait antara faktor kejayaan sistem BKJ dan faktor kejayaan projek. Model tersebut telah mengukuhkan lagi keperluan pengurusan projek pembinaan dalam sistem BKJ selain dari mengambilkira isu kewangan semata-mata dalam menghasilkan sistem penyampaian perumahan yang berkesan.

Item Type:Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords:Sistem Bina Kemudian Jual (BKJ), sistem penyampaian perumahan, pengurusan projek pembinaan
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
N Fine Arts > NA Architecture
Divisions:Built Environment
ID Code:100022
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:29 Mar 2023 06:18
Last Modified:29 Mar 2023 06:18

Repository Staff Only: item control page